Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, ini kerana kerajaan hanya mensasarkan kutipan SST sebanyak RM2 bilion sebulan.

Jumlah itu, ujar beliau, jauh lebih rendah  berbanding RM4 bilion sebulan yang dikutip daripada rakyat menerusi pelaksaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang diguna pakai sebelum ini.

“Berbanding dengan nilai RM4 bilion seperti ketika pelaksanaan GST, ini bermakna rakyat mempunyai duit poket yang lebih untuk berbelanja menerusi pelaksanaan SST,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis pelepasan konvoi Kesedaran Pengguna di Pangsapuri Ampang Jajar di sini, pagi ini yang akan menjelajah ke sekitar negeri ini bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan SST kepada orang ramai. - UTUSAN ONLINE