Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SSM masuk MBOR

Agensi pertama laksana Digital CTC

KUALA LUMPUR 17 Julai - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai agensi kerajaan pertama melaksanakan perkhidmatan salinan diakui sah secara digital (Digital CTC) di negara ini.

HAMZAH ZAINUDDIN
HAMZAH ZAINUDDIN

Majlis pengiktirafan tersebut disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Pengasas Malaysia Book of Records, Tan Sri Danny Ooi.

Digital CTC merupakan transformasi perkhidmatan pengesahan dokumen secara manual kepada digital melalui gabungan teknologi pengimejan dokumen berkanun, tandatangan digital, ‘date time stamping’ dan ‘Quick Response (QR) Code’ dengan ciri-ciri keselamatan.

Hamzah ketika berucap pada majlis itu menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian SSM menjadi agensi pertama melaksanakan Digital CTC.

“Ini membuktikan SSM bukan sahaja sebuah badan korporat yang besar tetapi sentiasa mahu melakukan sesuatu berbeza berbanding agensi lain.

“Ini juga membuktikan warga SSM paling kreatif dan inovatif dalam melakukan sesuatu,” katanya.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sjm Agung; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd. Wahab Fenner. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain