Mohd. Sharkar Shamsuddin
Mohd. Sharkar Shamsuddin

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, SPR perlu memberi penjelasan segera dan tindakan tegas harus diambil kepada mana-mana pihak yang me­langgar peraturan.

“Kita mahu SPR me­nyatakan garis pan­duan jelas memandang­kan ga­bungan pembangkang menggunakan logo PKR, mungkin poster PKR dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) boleh dipamerkan tetapi untuk parti lain hanya di kawasan mereka ber­tanding sahaja.

“Perkara ini mengelirukan kita semua dan rakyat di negara ini. Kita harap SPR dapat memperjelaskan peraturan yang ditetapkan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu Mohd. Sharkar berkata, berdasarkan pilihan raya umum yang lalu, Barisan Nasional (BN) yang sah berdaftar boleh menggunakan poster parti serta pemimpin ter­tingginya se­perti Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Begitu juga dengan Pas yang boleh menggunakan poster mereka termasuk pimpinan tertinggi parti itu seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat perlu membuat penilaian yang terbaik ketika memilih dalam PRU-14 demi memastikan masa depan mereka dan negara terjamin.

“BN yang mentadbir negara sejak sekian lama telah terbukti mampu membawa perubahan dan membantu masyarakat berbilang kaum secara berterusan,” katanya.