Kedua-dua angkawasan bergambar sebelum menaiki Soyuz dan berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). - AGENSI

BBC melaporkan, angkasawan Rusia, Alexey Ovchinin dan angkasawan Amerika Syarikat, Nick Hague dilaporkan dalam keadaan baik.

Operasi mencari dan menyelamat kini giat dilakukan di lokasi kapsul berkenaan mendarat.

Roket tersebut berdepan dengan masalah tenikal ketika ia berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Keadaan itu memaksa dua angkasawan terbabit menyelamatkan diri menggunakan kapsul keselamatan. – AGENSI