Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, ketika ini terdapat banyak kelemahan dari segi penguatkuasaan serta isu salah guna kuasa ketika menjalankan serbuan.

Disebabkan itu, katanya, SOP dan teknik serbuan perlu ditambah baik pada masa akan datang.

“Banyak aduan yang saya terima, yang sudah kahwin pun kena serbu, malah di kawasan Parlimen saya juga ada kes serupa berlaku dan dalam isu ini kita mahu memperbaikinya dari sudut SOP, bukannya kita biarkan begitu sahaja.

“Sebab itu sebelum ini saya tekankan prinsip jangan mengintip dan mengaibkan orang, walaupun kita mahu jalankan tanggungjawab dan ada kuasa untuk menangkap, tetapi kita tetap perlu memelihara hak masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Dialog Menteri Rahmatan Lil Alamin di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE