Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran pengganas kini berbeza berbanding 40 tahun lalu yang hanya menumpukan aset kerajaan.

“Aspek keselamatan terhadap sasaran penting yang dikhuatiri diabaikan sekarang ini apabila Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting yang dibuat 40 tahun lalu hanya disasarkan kepada aset kerajaan yang dahulunya merupakan ancaman keganasan komunis.

“Tetapi apabila banyak aset-aset itu telah diswastakan atau dikorporatkan, maka ada tanggapan seolah-olah ia bukan lagi disasarkan penting kerana jumlahnya bertambah dan bertukar tangan kepada pihak swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Sasaran Penting Peringkat Kebangsaan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE