Sogo Malaysia dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah tersebut 129 syarikat menerima anugerah ‘Gold Award’, 26 ‘Platinum Award’, 13 ‘Diamond Award, lima Super Diamond Awrd dan dua ‘Super Blue Diamond Award’.

Katanya antara syarikat yang menerima anugerah tersebut antaranya CB Franchising Sdn. Bhd , Bonia Shop Leathergoods dan Uniqlo Malaysia Sdn. Bhd.

“Penyampaian anugerah ini adalah sebahagian daripada majlis penghargaan kepada rakan kongsi Sogo Malaysia yang menunjukkan peningkatan jualan tahunan cemerlang.

“Selain itu, penganjuran acara ini juga diadakan bagi mengetengahkan usaha dan kerjasama antara Sogo Touch Malaysia dan Earth Heir bagi mengetengahkan hasil seni milik pelarian yang di usahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR),” katanya baru-baru ini.

Majlis penghargaan tersebut turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Sogo Malaysia berkata, inisiatif memperkenalkan hasil seni milik pelarian dapat membantu memberi pendapatan tambahan kepada mereka serta menjadi platform terbaik mengetengahkan bakat yang ada.-UTUSAN ONLINE