Sebanyak enam pelajar daripada 211 calon sekolah terbabit mendapat 10A, sembilan memperoleh 9A manakala selebihnya tetap mendapat keputusan memberangsangkan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Chung Chai Yin berkata, sebagai ibu kepada salah seorang pelajar cemerlang itu, pastinya dia amat gembira.

“Sebagai ibu bekerjaya sepenuh masa, kejayaan anak saya adalah sesuatu yang membanggakan dan membuktikan kepercayaan yang dipraktikkan dalam keluarga berjaya diaplikasikan untuk membentuk anak yang cemerlang.

“Kita memang perlu memastikan anak-anak menerima pendidikan secukupnya namun pada masa sama, walau sesibuk mana pun, kita perlu menyediakan masa berkualiti untuk mereka,” katanya ketika ditemui dalam majlis itu di sini, hari ini.