Pengetuanya, Shaharim Saad berkata, disebabkan itu, sekolah tersebut kini sedang berusaha menggerakkan seluruh kekuatannya untuk memastikan agar dipilih menjadi antara sekolah di bawah program terbabit nanti.


Beliau percaya menerusi IB, para pelajar yang ‘dilahirkan’ di sekolah itu nanti mampu menjadi individu berketerampilan dan berfikiran global.


“Menerusi IB, pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan serta pelajar mudah menyalurkan fikiran dan pandangan mereka secara terbuka,” katanya ketika berucap dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan 2017 di sekolah itu di sini hari ini.


Difahamkan, keputusan sama ada SMK Dato Sheikh Ahmad untuk dipilih menyertai program IB itu hanya akan diketahui pada Oktober nanti.


Jika terpilih, sekolah tersebut bakal mencatat sejarah kerana adalah antara 10 buah sekolah kerajaan menyertai program tersebut nanti.


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli merasmikan majlis tersebut dan beramah mesra dengan warga sekolah terbabit.


Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. - UTUSAN ONLINE