Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman berkata, penurunan keyakinan ekonomi boleh dikaitkan dengan perubahan negatif ekonomi termasuk kelemahan nilai Ringgit Malaysia (RM) berbanding dolar Amerika.

"Penurunan keyakinan itu berpunca disebabkan kesan cukai jualan dan perkhidmatan (SST)  yang bermula 1 September lalu.

"Selain itu, pengumuman hutang negara berjumlah RM1 trilion serta penurunan pertumbuhan ekonomi negara dan penurunan pertumbuhan ekonomi negara di bawah lima peratus pada suku kedua tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Yazid menjangkakan skor keyakinan rakyat akan kembali meningkat selepas ini pada suku keempat berikutan pembentangan belanjawan pada bulan depan.

Kajian kira-kira tiga minggu berakhir 27 September lalu itu dibuat dengan kerjasama MTEM dan Kajidata Research Sdn Bhd yang membabitkan 1,537 responden berusia 21 tahun ke atas di 222 kawasan Parlimen. - UTUSAN ONLINE