GPMS dalam satu kenyataan berkata, 14 lagi tokoh diberi pengiktirafan bagi kategori Anugerah Srikandi Negara iaitu Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Bahagian Negeri Sembilan, Datuk Siti Rahmah Kassim; Pengerusi RAM Holdings Bhd., Tan Sri Siti Norma Yaacob; Tokoh Akademik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim.

Penerima lain ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Dr. Maznah Hamid; penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin; Pengarah SNB Kasih Training & Consultancy yang juga pendakwah, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood dan pengacara yang juga atlet paralimpik, Ras Adiba Mohd. Radzi.

Sementara itu, Pengasas Faiza Marketing Sdn. Bhd., Faiza Bawumi Sayed Ahmad; Pengarah Urusan Sendayu Tinggi Sdn. Bhd., Rozita Ibrahim; Pengasas dan Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman Malaysia (Pernim), Norlina Alawi serta Guru Bahasa Inggeris, Siti Kartiwi Zainal Abidin turut menerima anugerah itu.

Doktor perubatan yang juga pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia 2004, Dr. NurAmalina Che Bakri; Pegawai Perubatan yang juga penulis blog, Dr. Nur Fatin Liyana Asri dan bekas Ketua Pengarang Majalah yang juga Ketua Pegawai Operasi Utusan Karya Sdn. Bhd., Maimunah Mohamad Yusof turut menerima anugerah sama.

Menurut GPMS, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan tetamu kenamaan yang hadir pada majlis malam anugerah itu.

“Malam Anugerah Tokoh Srikandi Negara anjuran GPMS ini diadakan dengan objektif untuk mengiktiraf jasa dan sumbangan golongan wanita selam ini terhadap pembangunan Malaysia di dalam mahupun di luar negara.

“Ketokohan mereka di dalam pelbagai bidang amat wajar dihargai. Wanita adalah tulang belakang di sebalik kejayaan seorang lelaki. Pada hari ini memang telah terbukti bahawa kata-kata pujangga ini suatu realiti,” kata kenyataan itu.

Kata GPMS, pemilihan Dr. Siti Hasmah sebagai penerima anugerah khas adalah berdasarkan sumbangan dan jasa beliau terhadap dunia pendidikan yang menyaksikan semakin banyak institusi pendidikan telah ditubuhkan demi kelangsungan penyampaian ilmu pengetahuan kepada masyarakat di negara ini.

Menurutnya, begitu juga sumbangan tokoh-tokoh lain yang diiktiraf negara di mana tanpa jasa dan pengorbanan mereka sudah pasti anak bangsa Malaysia pada hari ini tidak akan berjaya.

Siti Hasmah Mohd. Ali