Kedua-dua perkara itu dipersetujui Malaysia-Singapura dalam semangat kerjasama dua hala.

ANTHONY LOKE
ANTHONY LOKE

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan rakan sejawatnya dari Singapura, Khaw Boon Wan dalam satu kenyataan bersama di sini hari ini berkata, persetujuan itu telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa penerbangan kedua-dua negara semalam pada pukul 11.59 malam.

“Dengan perjanjian ini, ke­dua-dua menteri pengangkutan mengalu-alukan penerbangan FlyFirefly Sdn. Bhd. ke Lapangan Terbang Seletar berkuat kuasa bulan ini,” katanya.

Kenyataan bersama itu men­jelaskan, kedua-dua men­teri turut menyatakan bahawa jawatankuasa peringkat tinggi telah ditubuhkan untuk mengkaji semula surat perjanjian operasi antara Kuala Lumpur dan Pusat Kawalan Kawasan Singapura Me­ngenai Ketibaan Singapura, Pemberhentian dan Penerbangan 1974.

“Kedua-dua Menteri Pe­ngangkutan mengalu-alukan langkah-langkah positif ini dan berharap dapat terus memperkuat kerjasama dua hala,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa pelaksanaan ILS di Lapangan Terbang Seletar, Singapura melibatkan pendaratan pesawat di lapangan terbang itu menggunakan ruang udara Malaysia di Pasir Gudang, Johor, yang dibantah oleh Malaysia.