Reuters melaporkan, usia persaraan semasa 62 tahun akan dinaikkan kepada 63 tahun bermula tahun 2022 sementara usia persaraan 65 tahun akan dikuat kuasa pada 2030.

Beliau menambah, perubahan itu adalah bagi membantu pekerja veteran untuk terus memberi sumbangan kepada negara dan menguatkan kewangan mereka.

“Kebanyakan pekerja berusia juga tidak mahu berhenti bekerja. Malah mereka menyatakan mereka sihat dan hidup lebih lama,” katanya. -AGENSI