Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Mohamed Zahari Razali berkata, banyak yang boleh dipelajari selain pengalaman sebelum itu dijadikan persediaan sekiranya kejadian sama berulang.

"Sebelum ini apabila sebut bencana di negara ini, kita akan bercakap mengenai banjir yang kerap berlaku ketika musim tengkujuh, itu merupakan bencana yang telah dijangka.

"Namun kini, kita perlu lebih bersiap siaga untuk berhadapan dengan bencana yang tidak terduga sebelum ini seperti pencemaran di Pasir Gudang dan ribut taufan yang berlaku di beberapa negeri utara semenanjung baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Program Abang Bomba Ke Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kota Masai 2, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

Habis.