Portal e-dagang tersebut dalam satu kenyataan berkata, sejurus maklumat berkenaan penjualan tersebut tersebar, pihak syarikat telah melancarkan penyiasatan dalaman dengan menyaring kesemua produk yang dijual menerusi platform mereka itu.

"Kami mengambil maklum isu ini secara serius kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa pengguna.

"Kami telah melancarkan satu penyiasatan menyeluruh bagi memastikan produk tersebut TIDAK dijual dalam platform yang kami sediakan, dan turut mengambil langkah berjaga-jaga supaya sebarang cubaan untuk memasarkan produk itu gagal," kata kenyataan tersebut itu, hari ini.

Kenyataan tersebut turut menambah, usaha kolektif di antara pihak Kerajaan dan platform e-dagang lain akan dapat menghalang sebarang cubaan untuk menjual bahan terlarang secara online kepada pengguna Malaysia.

"Kami berjanji untuk bekerjasama dengan semua pihak terutamanya dengan pihak berkuasa," kata kenyataan itu lagi.

Para pengguna Shopee Malaysia turut diseru supaya membuat laporan jika menemukan penjualan produk yang meragukan di portal tersebut menerusi [email protected] atau 03 2777 9222 (Isnin hingga Ahad - 9.00 pagi hingga 6.00 petang, termasuk Cuti Umum). - UTUSAN ONLINE