MOHD. SHAFIE APDAL
MOHD. SHAFIE APDAL

Hakim Datuk Yew Jen Kie membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan hujah yang disampaikan oleh pihak plaintif dalam prosiding tersebut di sini hari ini.

“Oleh itu saya memutuskan untuk menolak permohonan berkenaan dengan kos,” katanya.

Semasa prosiding, Musa diwakili peguamnya, Tengku Fuad Tengku Ahmad, manakala Mohd. Shafie diwakili Datuk Douglas Lind.

Pada Jun lalu, Musa memfailkan saman de­ngan disokong afidavit terhadap Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Mohd. Shafie berkaitan isu pelantikan Ketua Menteri.

Pada masa sama, saman itu juga bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa pengakuan sumpah Mohd. Shafie sebagai Ketua Menteri oleh Juhar pada 12 Mei lalu adalah tidak menepati Perlembagaan dan tidak sah.

Saman berkena­an dikemukakan apa­bila Musa yang terlebih dahulu me­ngangkat sumpah jawatan sebagai Ke­tua Menteri pada 10 Mei lalu selepas pilihan raya umum diminta melepaskan jawatan itu dua hari kemudian.

Istana Negeri membuat keputusan berkenaan selepas beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mengumumkan menyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) dan seterusnya membentuk majoriti mudah.