SAIFUDDIN ABDULLAH

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan seja­wat­nya dari Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan dalam satu kenya­taan akhbar yang dikeluarkan bersama di sini menyatakan, pe­laksanaan syor-syor itu akan berkuat kuasa bermula hari ini.

Syor pertama, jelas kenya­taan itu, adalah bagi kedua-dua negara untuk secara bersama menggantung pelaksanaan had pelabuhan bertindih mereka yang masing-masing berkuatkuasa sebelum 25 Oktober 2018 dan 6 Disember 2018.

‘‘Malaysia dan Singapura bersetuju untuk tidak membenarkan dan menggantung semua aktivi­ti komersial di kawasan ter­libat. Kedua-dua negara juga ber­setuju untuk tidak melabuhkan kapal kerajaan di kawasan itu.

‘‘Kapal-kapal Malaysia dan Si­ngapura beroperasi di ka­wa­san itu berlandaskan undang-undang antarabangsa ter­masuk Konvensyen Bangsa-Bangsa Ber­satu tentang Undang-Undang Laut (UNCLOS). Agensi-agensi relevan kedua-dua pihak akan melaksanakan amalan praktikal untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini di kawasan tersebut,’’ kata kenyataan itu.

Tambah mereka, kedua-dua negara turut bersetuju menu­buhkan sebuah jawatankuasa dipengerusikan oleh Ketua Se­ti­a­­usaha Kementerian Luar, Da­tuk Seri Muhammad Shahrul Ik­ram Yaakob dan Setiausaha Te­tap Kementerian Luar Singa­pura, Chee Wee Kiong.

Jawatankuasa tersebut adalah untuk tujuan per­sempadanan yang akan memastikan pelaksanaan empat syor yang dipersetujui berkenaan dalam tempoh sebulan.

‘‘Perundingan untuk penentuan sempadan maritim di kawasan tersebut akan dimulakan dalam masa satu bulan selepas pelaksanaan tersebut,’’ katanya.

Sementara itu, kenyataan itu menegaskan, langkah-langkah berkenaan yang diambil oleh kedua-dua negara tidak akan menjejaskan tuntutan sempadan maritim Malaysia dan Singapura di kawasan tersebut.

Sekiranya jawatankuasa itu tidak dapat mencapai penyelesaian yang baik dalam persempadanan, jelas kenyataan itu, Malaysia dan Singapura boleh saling ber­setuju untuk menggunakan prosedur penyelesaian perti­kaian pihak ketiga antarabangsa yang sesuai.

Kedua-dua menteri luar turut bersetuju bahawa langkah-langkah berkenaan penting dalam meredakan keadaan dan membuka jalan kepada persempadanan maritim di kawasan tersebut.

‘‘Kedua-dua menteri berharap dapat mencapai kejayaan pelaksanaan cadangan kumpulan kerja,’’ katanya.