Amaran beliau yang dimuat naik semalam dalam laman media sosial rasmi Utusan Online mendapat lebih setengah juta tontonan pengguna dalam tempoh masa kurang daripada 24 jam.

Intipati amaran Abdul Hamid yang menggesa semua anggota PDRM untuk menghentikan semua ‘hubungan’ dengan tauke judi itu turut mendapat hampir 3,000 komen dan lebih 13,000 reaksi.

Seorang pengguna Facebook, Rosdi Yusoff memuji amaran keras Abdul Hamid yang dilihat tegas dalam menegakkan kebenaran dan membanteras jenayah judi.

“Inilah yang dikatakan seorang anggota polis yang berani. Tahniah KP (ketua polis) semoga semua mengikuti jejak langkahnya.. hapuskan jenayah...Kepada pihak yang ingkar, berhentikan anggota tersebut.

“Malaysia tidak memerlukan orang yang jijik sebegitu,” komennya yang turut mendapat sembilan tanda suka (like).

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, WM Hazim turut memuji keberanian Abdul Hamid.

“Dalam banyak-banyak IGP (Ketua Polis Negara), ini berani bersuara. Tabik hormat. Moga keluarga Datuk sentiasa dilindungi dan dirahmati. Doa kami bersama Datuk untuk teruskan apa Datuk kata,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Setakat pukul 2 petang tadi, video wawancara itu telah mendapat lebih 505,000 tontonan. - UTUSAN ONLINE