Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, dan sesi itu dihadiri lebih 500 peserta termasuk para majikan dalam  sektor perladangan dan perindustrian.

"Siri jelajah sesi Town Hall  akan diteruskan ke seluruh negara selepas ini yang melibatkan 12 lokasi," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Amir Omar dan Pengarah Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Wan Zulkifli Wan Setapa yang juga Setiausaha Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing.

Beliau memberitahu, selain itu, sesi pertemuan khusus membabitkan pihat tertentu yang mempunyai hubung kait dengan pengurusan pekerja asing termasuk negara sumber juga diadakan.

Katanya, usaha itu akan membolehkan jawatankuasa terlibat menyediakan laporan lengkap dan mengemukakan pelbagai cadangan dalam menangani isu pekerja asing dalam merangka dasar dan pendekatan tertentu tanpa dipengaruhi mana-mana pihak yang berkepentingan. - UTUSAN ONLINE