Turut berangkat Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz.

Tetamu pada majlis itu terma­suk kira-kira 400 penggiat seni dalam pelbagai cabang seni me­rangkumi artis veteran dan baharu, artis kelahiran Kelantan, pemuzik serta pereka fesyen tempatan.

Hadir sama Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Fauzi Ayob; Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air, Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave.

Sementara itu, pelakon dan usa­hawan terkenal Datuk Seri Shah Rezza menzahirkan kegembiraan beliau atas kesediaan Seri Paduka meluangkan masa me­nyantuni penggiat seni pada maj­lis berke­naan.– BERNAMA