Perhimpunan itu diadakan susulan tragedi berdarah di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, pada 15 Mac lalu yang turut mengorbankan seorang rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi.

Program tersebut bermula di hadapan kompleks beli-belah Sogo dan seterusnya para peserta berarak ke Dataran Merdeka.

Sepanjang perarakan, takbir dan slogan hentikan keganasan dilaungkan.

Mereka yang mengambil bahagian turut mengenakan pakaian berwarna putih.

Yang turut hadir pada program itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Hunter Nottage. - UTUSAN ONLINE