Polis berkata, lelaki tidak dikenali itu memandu trak pikap dengan muatan botol berisi gas ke Melbourne sebelum membakar kenderaan itu sebelum menyerang orang ramai dengan pisau.

“Dia menikam tiga orang sebelum pasukan keselamatan bersemuka dan menembak suspek. Seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala penyerang meninggal dunia di hospital,” kata polis.

Sementara itu, kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu. - AFP