Portal al-Jazeera melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat, Jim Risch memberi amaran tersebut walaupun Arab Saudi merupakan pakatan strategik yang penting kepada AS.

Menurutnya, pakatan terbabit perlulah diseimbangkan dengan nilai-nilai Amerika.

Terdahulu, calon Trump iaitu pesara jeneral empat bintang, John Abizaid mempertahankan hubungan AS-Arab Saudi ketika senator-senator AS mendakwa Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MBS) sebagai ‘anggota samseng’.

Selain itu, mereka juga mengutuk peranan Arab Saudi dalam perang sivil di Yemen selain menahan serta menyeksa pengkritik negara tersebut, termasuklah beberapa aktivis hak asasi wanita.

Jika diterima sebagai duta, John berikrar akan mendapatkan lebih banyak maklumat tentang pembunuhan Jamal dan ‘desakan perbincangan’ dengan Riyadh berkaitan isu pencabulan hak asasi manusia.

“Dalam jangka masa panjang, kita memerlukan kerjasama yang kuat dan matang dengan Arab Saudi. Adalah menjadi kepentingan kami untuk memastikan hubungan itu kukuh,” ujar Abizaid.