Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, proses penyenaraian tersebut juga memakan masa serta harus menjalani proses teliti yang ditetapkan Interpol.

“Interpol juga akan menetapkan sama ada nama yang tersenarai akan dipaparkan untuk tatapan umum atau pihak berkuasa sahaja,” jelasnya.

Semalam, hasil carian Utusan Malaysia di portal Interpol mendapati ahli perniagaan yang terlibat dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Jho Taek Low dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng tiada dalam senarai notis merah Interpol. - UTUSAN ONLINE