Jabatan Penyiaran Malaysia memaklumkan, walau bagaimanapun surat tersebut yang disertakan dengan senarai nama itu tersebut bertujuan memaklumkan mengenai cadangan penceramah yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Ini kerana, setiap penceramah yang ke udara di RTM perlu mendapat tauliah daripada  Jakim.

"Perkara itu tiada kena-mengena dengan mana-mana parti politik atau orang perseorangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi sekeping surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan menteri berkenaan berkaitan senarai nama penceramah atau asatizah untuk rancangan keagamaan (Islam) tular dalam media sosial. - UTUSAN ONLINE