Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu eng­gan memberikan sebarang komen berhubung siasatan tersebut.

“Saya tidak mahu komen. Semua okey, tiada apa-apa. Kasihan kamu (media) tunggu hujan-hujan,” katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilihat masuk ke Ibu pejabat SPRM pada pukul 9.20 pagi sebelum keluar pukul 5.40 petang.

Turut dipanggil memberi keterangan adalah anak sulung beliau, Datuk Nurulhidayah dan adiknya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad [email protected]­midi.

Namun, Nurulhidayah me­nafikan perkara itu dan menjelaskan kehadiran beliau hanya bagi menemani bapanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang menaiki kereta Lexus berwarna putih tiba dengan me­ngenakan baju batik berwarna hijau manakala Nurulhidayah dan Mohamad Nasaee pula tiba secara berasingan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dijangka hadir se­mula ke Ibu pejabat SPRM esok bagi menyambung memberikan keterangan.

Ini merupakan kali ketiga Ahmad Zahid dipanggil memberikan keterangan membabitkan siasatan penyelewengan dana sebuah yayasan dikaitkan de­ngan beliau iaitu Yayasan Akal Budi.