Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu bukan bertujuan untuk mengharamkan aktiviti merokok sebaliknya memastikan orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak tidak menjadi mangsa asap rokok sekunder.

Beliau berkata, pihaknya yakin akta itu akan dapat dilaksanakan dengan baik walaupun menyedari perubahan itu tidak mudah memandangkan tabiat merokok telah menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat.

“Adalah sangat menyedihkan bila melihat orang dewasa merokok secara bebas dan dalam masa sama mendukung bayi atau anak kecil.

“Sehubungan itu, satu hari nanti kita perlu mempunyai peruntukan akta larangan merokok di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai agar masalah tersebut dapat diatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah dan Penghargaan Kempen Revolusi Tempat Kerja Bebas Rokok di Banda Hilir di sini malam ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong; Pengarah Serantau Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) Brunei, Singapura, Malaysia, Dr. Ying-Ru Jacqueline Lo dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Rushidi Ramly. - UTUSAN ONLINE