Ketua Aktivis Persatuan Peng­guna Islam Malaysia (PP­IM), Datuk Nadzim Johan ber­kata, inisiatif itu yang diambil Restoran Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd. (Pelita) perlu disokong dan wajar dicontohi pengusaha restoran lain.

“Jika kita lihat di United Kingdom, rokok biasanya tidak dijual secara umum, sebaliknya dijual di tempat khas,” katanya ketika ditemui di sini.

Saranan itu turut disokong Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan, Selangor (Permas), Ayob Abd. Majid yang berkata, pengusaha boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjual produk lain yang lebih bermanfaat kepada pelanggan.

“Lagipun jika kita lihat penjualan rokok di kaunter restoran tidaklah memberi mar­gin keuntu­ngan yang besar, jadi saya yakin tiada masalah jika setiap restoran menghentikan penjualannya dan mencari inisiatif lain yang boleh membantu beri keuntungan kepada restoran,” katanya ketika ditemui Bernama.

Restoran Pelita baru-baru ini dilapor menghentikan penjualan rokok di kesemua 28 restorannya di seluruh negara berkuat kuasa 16 Jan lepas. – BERNAMA