Pengarah Operasinya, Mohd. Fairul Maan berkata, reka bentuk restoran  akan disesuaikan dengan kemudahan itu bagi memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan beragama Islam di premis sajian makanan yang menjadi tumpuan keluarga.

 Setakat ini terdapat kira-kira 15 restoran di seluruh negara yang telah dilengkapi kemudahan lebih selesa  menerusi proses pengubahsuaian  termasuk di McDonald’s Pandu Lalu Kuala Terengganu.

"Bagi tahun ini, kita merancang untuk mengubahsuai 20 lagi restoran dengan mengambil kira model surau di samping pelbagai kemudahan lain yang dilengkapi teknologi canggih termasuk kios pesanan layan diri dan lain-lain lagi," katanya.

 Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis pembukaan rasmi dengan wajah baharu McDonald's Kuala Terengganu Pandu Lalu di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengurus Operasi McDonald's Malaysia Pantai Timur, Safna Sepian dan Pengurus Besar Restoran  McDonald's Kuala Terengganu, Wan Muhairyzal Wan Muda.

McDonald’s Malaysia memiliki 265 buah restoran di seluruh negara dengan seramai kira-kira 15,000 pekerja.

Sementara itu, Mohd. Fairul menyasarkan pertumbuhan jualan antara 15 peratus hingga 20 peratus bagi restoran McDonald's Kuala Terengganu Pandu Lalu dengan wajah baharu dan kenudahan yang disediakan.

Terdahulu, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Ronald McDonald (RMHC) menyumbangkan RM3,000 kepada Asrama Pratahfiz Perkaya.-UTUSAN ONLINE