Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon menuntut supaya semua pihak khususnya ibu bapa agar mematuhi peraturan dan tidak menjadikan ia sebagai isu.

Katanya, buku teks dan aktiviti yang dibekalkan kementerian pada masa ini sudah memadai daripada segi pengajaran dan tidak perlu lagi menambah beban murid-murid ini.

“Sebenarnya jika mengikut sistem pendidikan moden, murid tahun satu sehingga tiga ini sepatutnya belajar secara gembira bukan dibebani dengan semua ini. Ini bukan cara pendidikan yang kita ingini.

“Ini bukan pekeliling baharu ia sudah termaktub sejak 17 tahun lalu. Saya sudah membincangkan perkara ini selama dua tahun lalu, sudah cukup masa diberikan, sudah cukup nasihat diberikan. Mulai tahun depan, kita hendak laksanakan secara lebih serius,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MK Curtain dan Goldhill Curtain Sdn. Bhd di sini hari ini.

Semalam Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan bahawa buku teks yang disediakan kementerian tersebut untuk pembelajaran murid sudah memadai dan mereka tidak sepatutnya dibebani dengan lebihan buku ke sekolah.

Dalam masa sama, Mahdzir turut meminta semua sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) mencari jalan bagi membantu murid supaya tidak lagi membawa terlampau banyak buku terutama buku tambahan dan latihan. - UTUSAN ONLINE