Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu semua Pemaju Masyarakat Tabika Kemas di seluruh negara akan terus diperkasakan menerusi program pemantapan tahap profesionalisme.

“Program Diploma Awal Kanak-kanak sejak 2006 membuahkan hasil apabila sehingga kini seramai 7,365 guru Tabika Kemas dan Taska Permata Kemas memiliki diploma.

“Seramai 1,000 orang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tabika Kemas dan Hari Potensi Kemas Parlimen Bera di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera di sini, hari ini.

Yang hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Azizan Mohamad Sidin; Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin; Pengarah Kemas negeri, Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi dan Pegawai Daerah, Datuk Razihan Adzharuddin. - UTUSAN ONLINE