Bagaimanapun tinjauan jurufoto Utusan Malaysia di kawasan peniaga baju Melayu dan tudung di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman mendapati banyak premis perniagaan belum beroperasi.

Jika dua minggu lalu kawasan ini sesak dengan orang ramai, namun keadaan kali ini bebeza.

Malah, peniaga yang sebelum ini tidak menang tangan melayan pelanggan, nampak lebih santai di premis perniagaan masing-masing.

Peluang itu banyak digunakan oleh peniaga mengira kembali stok dan mempamerkan barang jualan baharu. - UTUSAN ONLINE