Menterinya, Dr. Maszlee Malik bagaimanapun berkata, sembilan intervensi yang merangkumi lima inisiatif itu hanya akan diumumkan ketika perutusan Tahun Baharu pada 14 Januari depan.

Menurut beliau, intervensi itu akan dilaksanakan oleh pihak kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah mulai Januari depan.

MENTERI Pendidikan Dr. Maszlee Malik (tengah) menerima memorandum dokumentasi yang tidak relevan dar

MENTERI Pendidikan Dr. Maszlee Malik (tengah) menerima memorandum dokumentasi yang tidak relevan dari warga pendidikan daripada Presiden NUTP, Kamarozaman Abd.Razak dalam majlis Perhimpunan Khas NUTP di Pusat Pameran Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE/ ROSNI MASRI

“Kementerian Pendidikan menyedari tugas guru kian mencabar. Tugas guru adalah mendidik anak bangsa tetapi kini ditambah pula dengan tugas perkeranian yang bukannya semua relevan dan akibatnya membebankan guru untuk menjalankan pengajaran serta pembelajaran di kelas.

“Justeru, sembilan intervensi akan saya umumkan ketika perutusan Tahun Baharu pada 14 Januari nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Khas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden NUTP, Kamarozaman Abdul Razak dan Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan golongan guru paling ramai dikesan mengalami gejala stres berbanding kerjaya lain di negara ini yang punca utamanya adalah beban kerja terlampau banyak. - UTUSAN ONLINE