Najib: Hati mau baik.

Jika kita lihat, terlalu banyak yang diberi kepada bumiputera kenapa?

Saya nak teruskan legasi bapa saya, Tun Abdul Razak.

Kalau dahulu ekonomi terpinggir, kini, diangkat oleh anaknya yang berada di hadapan 14,000 orang.

Jika di Johor kita ada Iskandar, di Kelantan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL). Apakah Datuk Seri berhajat projek apa yang akan diberi belah utara?

Kerajaan tidak lupakan Kedah, salah satu kewujudan zon ekonomi khas di Bukit Kayu Hitam seluas 12,000 ekar dan saya diberitahu kita akan hubungan kawasan Selatan Thailand supaya dapat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) eksport ke Thailand melalui zon tersebut.

Selain daripada itu, rubber city yang dijangka melibatkan 15,000 ekar dalam banyak industri hiliran - industri getah.

Saya hendak umum satu lagi ada sedikit untuk dengan Kerajaan Negeri Kedah cadang beri geran kepada mereka terlibat.

Saya hendak tanya kita dah ada macam usahawan wanita lain dekat Malaysia. Bagaimana hendak perbanyakkannya?

Seperti mana yang kita sedia maklum kerajaan telah diisytihar sebagai memperkasa wanita kerajaan akan tambah dalam semua bidang termasuk seperti agensi - Amanah Iktiar Malaysia sinonim wanita yang ditubuhkan pada 1987 menyediakan mikro kredit sejumlah RM17 bilion ringgit telah diberi oleh Amanah Ikhtiar Malaysia 2007.

RM2.3 bilion ringgit telah disalurkan pada 300,0000 penerima oleh Amanah Ikhtiar Malaysia tentu sahaja supaya bayaran balik pinjaman termasuk agensi turut memainkan peranan sejak 2011.

Program 1Azam telah beri manfaat seramai 200,000 iaitu e-Rezeki, e-Usahawan terdapat 40,000 bumiputera dapat manfaat. 
Dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) telah beri pembiayaan kepada 385,000 orang dengan nilai 4.76 bilion.