Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Semarakkan budaya inovasi

Kembangkan potensi pelajar di universiti teknikal

Abu Bakar Md Diah
Abu Bakar Md Diah

MELAKA 11 Nov. - Universiti-universiti teknikal di negara ini perlu memainkan peranan menyemai budaya inovasi dalam kalangan pelajar di samping mengembangkan penggunaan produk inovasi tempatan menerusi silibus pem­belajarannya.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, langkah itu berikutan universiti teknikal di negara ini merupakan barisan hadapan, sekali gus menjadi nadi dalam memperkenalkan produk-produk inovasi tempatan kepada industri.

Menurutnya, dengan membudayakan teknologi serta meng­am­­bil produk-produk inovasi tempatan seba­gai contoh di dalam silibus pembelajaran akan membolehkan pro­­duk inovasi tem­patan lebih dikenali.

“Kita perlu menyemai budaya meminati teknikal di samping mempertingkatkan silibus dalam bidang teknikal di universiti teknikal, ini kerana kita melihat budaya inovasi di negara ini sedang berkembang hebat di peringkat sekolah menengah dan universiti. Hampir setiap hari kita dengar ada ciptaan baharu.

“Namun, masalah yang kita hadapi sekarang, penggunaan produk-produk ciptaan yang hendak dibawa ke peringkat seterusnya agak berkurangan.

“Oleh itu, saya mencadangkan universiti-universiti teknikal membincangkan bagai­mana kita perlu terapkan dalam silibus mereka dengan memberi keutamaan kepada teknologi tempatan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium Akademik: Memperkasa Peranan Universiti Teknikal Di Peringkat Pendidikan Tinggi di Jalan Hang Tuah, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Datuk Dr. Shahrin Sahib.

Abu Bakar berkata, usaha membudayakan teknologi serta mempertingkatkan penggunaan produk-produk inovasi tempatan adalah selaras dengan pengumuman tahun 2016 sebagai tahun pengkomersialan.

Katanya, sebanyak RM1.5 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada beberapa kementerian bagi menjayakan program tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain