Presiden parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, tindakan tersebut mencetuskan kebimbangan dan perlu diperbetulkan semula.

“Ada beberapa bab seperti ‘Pencerobohan Jepun terhadap Malaya’ dan ‘Kerjasama pelbagai kaum ke arah merdeka’ dalam edisi terbaharu buku teks Sejarah sekolah menengah.

“Sukar untuk mendapat pengalaman dan wahyu tanpa memahami sejarah, terutamanya dalam negara berbilang etnik dan agama seperti Malaysia. Kita perlu memahami sumbangan bijak dari semua kumpulan etnik kepada kemerdekaan serta pembangunan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kandungan buku teks Sejarah di sekolah rendah Cina turut mengandungi beberapa kesalahan.

“Buku teks Sejarah sekolah Cina juga harus disemak semula kerana banyak data yang salah termasuk kandungan, terjemahan, tatabahasa dan imej. Terdapat sebanyak 131 kesilapan dalam lima buku teks Sejarah. Sangat sukar dipercayai,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE