Datin Asmawati Ahmad
ASMAWATI AHMAD

Semakan terbabit adalah individu yang memohon jawatan Inspektor gred YA13 dan Kontabel gred YT1 bagi lelaki menerusi porta rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8i).

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, mereka yang memohon jawatan Kontabel Polis gred YA1 bagi wanita dan lelaki turut boleh melakukan semakan.

Ujarnya, semakan boleh dilakukan menerusi laman sensawang sistem semakan dalam talian PDRM di https://sso.rmp.gov.my bagi menyemak kelayakan menghadiri ujian pemeriksaan fizikal tersebut.

“Hanya calon-calon yang menepati syarat ditetapkan PDRM sahaja akan disenaraikan di dalam sistem terbabit dan layak menghadiri eksesais terbabit berdasarkan tarikh dan lokasi yang dinyatakan.

“Tiada ujian pemeriksaan fizikal terbuka akan diadakan dan calon yang terpilih perlu mencetak surat panggilan eksesais tersebut dan menyediakan keperluan yang dinyatakan semasa menghadiri eksesais terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh diajukan terus ke Unit Pengambilan, Bahagian Perkhidmatan/Penjawatan PDRM di talian 03-2266 8346, 8348, 8350 atau e-mel kepada [email protected] - UTUSAN ONLINE