Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, langkah itu bertujuan memastikan pelaksanaan program tersebut benar-benar membantu rakyat.

“Program Insentif Perkahwinan Belia yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor antara yang mendapat respon yang baik oleh rakyat.

“Kerajaan sedang meneliti dan menambah baik semula program tersebut mungkin dari segi sumbangan kewangan mahupun sumbangan pengetahuan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Maal Hijrah dan Pernikahan Perdana di Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak, dekat sini hari ini.

Program anjuran Masjid Al-Khairiyah itu turut disertai 11 pasangan pengantin yang dinikahkan beramai-ramai sempena Sambutan Maal Hijrah. - UTUSAN ONLINE