ARSHAD AYUB
ARSHAD

Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub berkata, dalam suasana orang Melayu yang lebih mementingkan politik dari menjaga kepentingan bangsa, keupayaan mereka untuk mempertahankan hak khususnya Perkara 153 adalah diragui.

"Adakah kita gembira 95 peratus pensyarah kita adalah dalam kalangan orang Melayu dan kita berpuas hati setakat itu? Tidakkah kita mahu berusaha lebih dari itu bagi memastikan pencapaian tersebut terus meningkat lebih tinggi.

"Adakah kita membuat kerja kita untuk itu (terus maju)? Selagi ada politik orang Melayu tidak boleh bersatu untuk meningkatkan (pencapaian) lebih dari itu," katanya semasa menjawab soalan tetamu yang hadir pada Konvensyen Karamah Bangsa anjuran Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di Dewan Annexe di UiTM Shah Alam, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE