Menteri Pembangunan Usa­hawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, pihaknya mendapati tiga sektor itu memiliki terlalu banyak kelebihan untuk diceburi selain membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara selari de­ngan agenda kerajaan.

“Saya yakin koperasi boleh menjadi alat (instrumen) pertumbuhan untuk memacu pembangunan ekonomi usahawan seperti sasaran kita terhadap golongan industri kecil dan sederhana (IKS) iaitu 41 peratus pada tahun 2023 atau mungkin boleh dicapai tahun depan.

“Selama ini kita hanya menyebut untuk mengembangkan tiga sektor itu tapi tidak dinyatakan mengenai jumlah dan nilainya. Jadi hari ini kita akan beri penjelasan supaya ahli-ahli koperasi dapat akses dan menikmati hasilnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Pe­mer­kasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama dan Keusahawanan di Bandar Baru Bangi, dekat sini hari ini.

Konvensyen yang diadakan selama dua hari dan berakhir esok itu bertujuan menetapkan hala tuju ahli-ahli koperasi dalam merangka Dasar Koperasi Negara selaras dengan Revolusi Industri 4.0.