Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sekolah seni lahirkan budayawan – Mahdzir

KUALA LUMPUR 9 Mei – Kementerian Pendidikan membaik pulih Sekolah Seni Kuala Lumpur (SSeMKL) dengan kos RM17.8 juta yang dijangka siap pada Oktober ini bagi menyediakan infrastruktur terbaik ke arah kecemerlangan potensi pelajar serta pengukuhan perpaduan melalui kokurikulum dan kesenian

MAHDZIR KHALID
MAHDZIR KHALID

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sekolah yang dibaik pulih pada Julai tahun lalu itu merupakan sekolah seni ketiga di negara ini yang diwujudkan dengan visi bagi menjadi pusat kecemerla­ngan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.

Katanya, sekolah dengan kapasiti 400 pelajar yang lengkap de­ngan asrama lelaki dan perem­puan itu menawarkan kokurikulum kesenian peringkat menengah rendah yang merangkumi empat bidang iaitu seni muzik, seni tari, seni teater dan seni visual.

“Kerja baik pulih dijangka siap pada Oktober ini dan ini bermakna kita akan membuat persediaan untuk menerima pelajar untuk sesi persekolahan pada tahun depan.

“Buat masa ini pelajar daripada sekolah ini yang mula beroperasi pada 2014 sedang beroperasi secara kongsi di Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam, Bukit Jelutong. Ini kerana projek ini terbengkalai dan telah diambil alih oleh kontraktor baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke sekolah tersebut di Seksyen 62, Jalan Seladang di sini hari ini.

Selain empat komponen ber­kenaan, kokurikulum yang ditawarkan di sekolah dengan 211 orang pelajar dari tingkatan satu hingga empat itu juga termasuk mata pelajaran kreativiti, kokurikulum, persembahan, sesi apresiasi dan rangkaian rakan seni.

Dua lagi sekolah seni di negara ini adalah Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS) dan Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ).

Sementara itu, Mahdzir berkata, permohonan bagi memasuki sekolah seni adalah ramai tetapi pelajar-pelajar tersebut haruslah melalui proses saringan bagi memilih mereka yang benar-benar berminat dalam seni dan layak memasuki sekolah terbabit.

“Ada ruang untuk pelajar-pelajar ini untuk pergi ke hadapan dalam bidang ini. Terdapat juga ibu bapa yang memberi sokongan kepada anak-anak mereka dengan menyediakan bahan rujukan tambahan kepada mereka,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain