Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana, biarpun peruntukan sudah diumumkan, malah proses tanah juga sudah dilakukan pada 4 Mei 2018, namun sehingga kini belum ada sebarang perkembangan dan kemajuan.

Menurut bekas Menteri Besar itu, semasa pentadbiran beliau, antara perkara utama serta paling kritikal dan mengambil masa untuk diselesaikan adalah rundingan bagi memastikan hospital tersebut dibina di kawasan yang sesuai dan praktikal.

“Akhirnya, perkara itu berjaya diselesaikan, peruntukan sudah diumumkan dan proses pecah tanah juga telah dilakukan pada 4 Mei tahun lalu.

“Kerajaan negeri sepatutnya serius meneruskan pelan itu dengan segera bersama-sama Kerajaan Persekutuan, malah, perkara itu turut mendapat perhatian daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang menitahkan agar ia disegerakan,” katanya dalam kenyatan di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, yang pasti, kepesatan pembangunan Pasir Gudang sebagai sebuah kawasan industri dan mempunyai penduduk yang ramai mesti dilengkapkan dengan infrastruktur serta prosedur keselamatan yang mampu memberi kesejahteraan kepada semua pihak. - UTUSAN ONLINE