Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi berkata, penutupan berkenaan merupakan sebahagian daripada prosedur bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaran jambatan berkenaan dilakukan.

Katanya, pemeriksaan dan penyelenggaran secara menyeluruh itu merupakan kerja-kerja berjadual bagi memastikan struktur kabel jambatan berkenaan dalam keadaan terbaik dan proses berkenaan merupakan amalan biasa setiap empat tahun . - UTUSAN ONLINE