Pengurus Besar Legoland Malaysia Resort, Kurt Stocks berkata, akuarium interaktif yang dipenuhi 13,000 kehidupan laut daripada 120 spesis beserta dengan elemen Lego yang unik, akan membantu memacu industri pelancongan di Johor.

Katanya, Legoland Malaysia juga merupakan taman tema pertama di dunia yang akan menyediakan pengalaman Ninjago yang holistik.

“Pada tahun ini, kami menawarkan satu pas tahunan pada harga tiket untuk sehari buat pemegang MyKad terdiri daripada pas Single-Park dan pas Triple-Park.

“Harga bagi pas Single-Park adalah RM219 untuk dewasa dan RM175 (kanak-kanak) sementara pas Triple-Park berharga RM263 (dewasa) dan RM209 (kanak-kanak),” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Pemegang MyKad boleh menikmati akses tanpa had ke Taman Tema Legoland dan Taman Air, selain akses percuma ke Sea Life Malaysia. - UTUSAN ONLINE