Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sayap berperanan sebagai benteng pertahanan

ISNIN BENDERA UMNO
ISNIN (empat dari kiri) menaikkan bendera UMNO pada majlis perasmian serentak Persidangan Perwakilan Sayap Bahagian Beaufort di sini hari ini.-UTUSAN

BEAUFORT 16 Julai - Sayap UMNO perlu berperanan sebagai benteng pertahanan bagi menangkis sebarang tohmahan yang dilemparkan ke atas pemimpin dan institusi parti.

Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih berkata, sebagai barisan pertahanan, sayap parti itu perlu menerangkan maklumat tepat dan sahih serta bukan mengiyakan tuduhan yang dilemparkan. 


“Para perwakilan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri perlu agresif menjadi ‘defender’ (pertahanan) kepada fitnah yang dilemparkan pembangkang kepada pemimpin serta institusi parti. 


“Perlu diingat bahawa pembangkang mencemburui kita menerusi rekod cemerlang berkhidmat kepada rakyat. Mereka (pembangkang) menggunakan taktik kotor dengan memfitnah pemimpin UMNO demi menggugat institusi parti,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Sayap UMNO bahagian itu di Dewan Datuk Seri Mohd. Dun Banir di sini hari ini. 


Dalam pada itu, Isnin juga mahu semua sayap parti menjaga nama dan imej parti agar kekal disanjungi rakyat.


Kata beliau, tanggungjawab besar itu mampu dipikul sekiranya ketiga-tiga sayap parti seperti Wanita, Pemuda dan Puteri terus memenangi hati rakyat. 


Menurutnya, sayap UMNO bahagian ini tidak harus bersikap sambil lewa dan menganggap UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa boleh menang tanpa bekerja keras. 


“Para perwakilan ketiga-tiga sayap parti, jaga maruah dan nama baik parti. Jangan sampai kita diperlekeh dan diejek oleh pembangkang. 


“Perkukuhkan jalinan dan hubungan dengan rakyat, tambat hati agar mereka berasa UMNO serta BN dekat dengan mereka,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain