First Eid in @jakeltextile #schaalyahyaxjakel

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Scha berkata, dia sangat menyukai gaya rambut baharunya dan menerima pendapat semua pihak asalkan tidak menggunakan perkataan yang menghina.

“Saya boleh terima kecaman asalkan bukan fasal anak saya. Bila peminat mula bergaduh di ruangan komen Instagram, saya macam hendak tutup komen tapi suami suruh biarkan.

“Cuma saya nak bagitahu, saya sangat suka dengan imej ini. Saya takkan buat benda yang saya tak suka,” katanya.

Ibu kepada seorang anak itu ditemui ketika sesi pengambaran filem baharunya, Bikin Filem yang turut menampilkan pelakon handalan lain seperti Erra Fazira dan Azhan Rani.

Dalam pada itu, isteri kepada pengacara popular, Awal Ashaari itu berkata, dia memotong pendek rambutnya demi menjayakan watak dalam filem tersebut.

“Saya memang dah lama nak potong rambut pendek, bila dapat peluang untuk watak itu saya potonglah. Komitmen terhadap filem ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE