Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin, 50, yang sah bercerai talak satu dengan suaminya Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, sebentar tadi memberitahu, ketika ini fokusnya hanya kepada anak-anak.

“Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Saya tidak pernah berdendam sebab saya bukan orang yang begitu.

“Saya juga sudah lama memaafkan dia, saya doakan agar urusan dia dipermudahkan,”katanya ketika ditemui sebentar tadi Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Sukar menjelaskan apa yang dirasainya ketika ini, Ziana tidak menolak tiada yang lebih penting ketika ini semuanya sudah berakhir dengan baik.

“Saya tidak tahu mentafsirkan perasaan saya ketika ini.

“Apa pun semuanya berakhir dengan baik terima kepada mereka yang sentiasa mendoakan saya,” katanya lagi.

Penyanyi lagu Berpisah Jua ini pada 3 April lalu menfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah dan difahamkan fail tuntutan penceraian itu berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera anak mereka. - UTUSAN ONLINE