Walau bagaimanapun, beliau yang ditemui pemberita berkata, tujuan kedatangannya adalah untuk bertemu dengan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin bagi mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’.

Katanya, keputusan untuk meletakkan jawatan berkenaan adalah pilihannya sendiri sebagai seorang wartawan dan tidak dipaksa atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang bebas dan saya boleh berada di mana-mana sahaja.

“Saya di sini cuma untuk mengucapakan selamat hari raya kepada Tun (Daim),” katanya ringkas. - UTUSAN ONLINE