Namun katanya, mungkin caranya ketika mengemukakan cadangan mengenai pengurangan anggota tentera tidak

disukai oleh sesetengah pihak.

Beliau berkata, enam cadangan yang dikemukakan oleh beliau untuk mengurangkan dan meningkatkan

perkhidmatan awam sangat bagus.

"Namun ada pihak yang tidak suka dengan cara saya memperkatakan tentang anggota tentera.

"Sepatutnya saya kata pasukan tentera diperlukan ketika perang untuk mempertahankan negara.

"Ketika keadaan negara aman, mereka sepatutnya melakukan kerja lain untuk meningkatkan ekonomi kita," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Yew Yin mengakui berasa bimbang ekoran komen-komen negatif terhadap artikelnya dalam laman blog

kendaliannya.

"Namun sebagai pembayar cukai, saya mempunyai hak yang sah untuk mengkritik kerajaan kerana

membazirkan wang untuk membayar kakitangan awam per kapita paling tinggi di dunia," katanya.

Kelmarin, Yew Yin dalam laman blog kendaliannya menggesa kerajaan mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan beliau terlalu besar.

Menerusi tulisan tersebut, Yew Yin dipetik sebagai meminta kerajaan menyemak semula senarai pekerja di

jabatan kerajaan serta memecat mereka yang tidak diperlukan.

Antara yang dibangkitkan ialah dengan menjadikan anggota tentera sebagai contoh dan menyifatkan anggota pasukan keselamatan negara itu hanya makan dan tidur sahaja. - UTUSAN ONLINE