Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin sebaliknya berkata, tanaman buluh, nanas dan kelapa hanyalah cadangan alternatif kepada para pekebun kecil dan bukan pengganti kepada kelapa sawit.

Katanya, sawit tetap merupakan tanaman utama malah pelbagai usaha untuk memaksimumkan permintaan sawit telah dan akan dilakukan.

“Kita sedang melakukan program di seluruh negara untuk memberitahu pengguna bahawa setiap titis minyak sawit kita mempunyai kualiti yang tinggi.

“Kerajaan juga akan membantu memberikan inisiatif menjelang Januari 2020, semua ladang termasuk juga di Felda dan sebagainya akan mendapat satu tambah nilai,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini, hari ini.